Skip to main content

Berakhir tahun 2020, selamat datang 2021

 Alhamdulillah.

Baru-baru ni kami balik rumah Cheng sekejap, ambil barang-barang yang masih tak dapat diangkut sebelum ni. إن شا ألله bermula Januari 2021, rumah ni kami akan sewakan kepada sebuah keluarga yang sebelum ni menetap di Bangi. Mereka pindah ke Melaka setelah mulakan kerjaya baru di sini. 

Barang-barang yang kami angkut tu kebanyakkannya adalah khazanah lama yang jadi momento sejak bangku sekolah. Seronok juga membelek harta karun yang dah tersimpan lebih 20 tahun. Bila difikirkan, patutlah KakPiz ni jodohnya dengan BamLem. Sama perangai, suka simpan barang. Sejenis susah nak buang barang lama yang banyak beri kenangan. Nak kongsi sikit contoh barang yang masih kami simpan :
Dah sian dalam kotak - kebanyakan buku dan dokumen. Start zaman sekolah rendah sampai bekerja ada


Diari KakPiz tahun 1997 (Tingkatan 4)


Hadiah kahwin dari Kumpulan Ekonomi Nelayan Merchang (waktu ni bertugas sebagai KDP Marang)


Diari BamLem tahun 1991 (Tingkatan 5)


Hadiah menang pidato tahun

Dan banyak lagi la.. nak tunjuk pun segan. Ada benda yang agak peribadi dan ada yang sedikit memalukan. 😆 

Sebenarnya apa yang terfikir masa belek semua barang tu... betapa bersyukurnya rasa dengan nikmat Allah bagi hari ini. Insaf rasa bila tengok betapa ‘innocent’ nya KakPiz dulu. Betapa baiknya BamLem masa sekolah dulu. Bila baca diari lama, terimbau zaman remaja, zaman nakal, zaman zuhud, zaman bergelora.. semua ada. Terus rasa nak baiki diri dengan baki usia yang ada ni.

Sebab tu juga terpanggil hati ni nak tulis diari semula. Tapi rasanya elok tulis blog sahaja. Bukan untuk cerita benda-benda peribadi sangat. Lebih kepada berkongsi pengalaman untuk pengajaran anak cucu nanti.

Doakan KakPiz mampu memberi banyak kebaikan melalui tulisan.

- KakPiz, HAFZA Kids Guardian -

Comments